18/10/13

Disleksia

DISLEKSIA berasal daripada perkataan Yunani yaitu “DYN” bermaksud susah dan “LEXIA” bermaksud tulisan. Disleksia merupakan satu masalah pembelajaran yaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Masalah ini biasanya dialami oleh anak-anak dan boleh berlanjutan sehingga anak itu dewasa. Istilah ‘buta huruf’ juga boleh digunakan untuk kategori ini. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit atau kecatatan dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengobatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Masalah disleksia adalah berbeda dengan afasia yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerusakan saraf otak yang akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
net
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

1. Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi adalah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

2. Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dibedakan. Masalah dalam membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga turut dihadapi oleh disleksia auditori.

3. Disleksia visual-auditori
Kesukaran membaca yang amat buruk disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

Penghidap disleksia juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas dan mengalami kesukaran untuk memegang pensil serta tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Anak ini juga, cenderung menulis perkataan yang pelik. Terdapat juga di kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur di mana mereka kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperoleh. Mereka juga tidak menjalankan atau menyusun sesuatu mengikut abjad. Anak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol serta suka menterbalikkan nombor yang sama. Mereka juga berpakaian tidak kemas tetapi tidak kotor, pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut sendiri. Mereka turut kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dianggap pemalas dan kelihatan bodoh. Skop penglihatan mereka yang terlihat di mana kekeliruan berlaku di antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.
net

Di antara beberapa ciri-ciri penghidap disleksia adalah seperti berikut :
1. Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan taman kanak-kanak.
2. Kebiasaannya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri pada sesuatu perkataan.
4. Sering mengalami kekeliruan dengan sesuatu perkataan pada huruf tertentu seperti “p” dianggap “q” dan huruf “b” dianggap  “d”.
5. Kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding perempuan.
6. Kekerapan penghidap disleksia selalu terjadi di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan, yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
7. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga anak tersbut meningkat dewasa.
8. Perhatian dan tumpuan senang terganggu dan gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja sehingga selesai.
9. Cenderung menjadi seseorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

Disleksia hanya boleh dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit dengan pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diobati. Penghidap disleksia biasanya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar